BW5202 - SISTEM PEMULIHAN AIR BIO-AKTIF BEYOND WATER

Memandangkan pengambilan air yang menyihatkan dan bersih adalah keperluan penting demi kesihatan yang baik, dengan BEYOND WATER , kini anda mampu memperolehi sumber Air Hidup Semula Jadi di kediaman mahupun pejabat anda!

PC3504 / PC3505 / PC3506 LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO

Lapik tilam yang dipertingkatkan dan canggih ini dibentuk dengan lapisan atasan Damask Jacquard dijahit berkuilt bersama Fabrik Tidak Bertenun Yang Memancarkan Ion Negatif.

BA5402 - BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER

Mungkin anda tidak mampu menentukan kualiti udara luaran...tetapi kini dengan BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER anda berpeluang memberikan diri anda dan yang tersayang kenikmatan udara dalaman yang lebih tulen, lebih segar dan lebih menyihatkan!

NT2012 - B'Young Supreme Gold (90 sachets x 19 g)

B'Young Supreme Gold memberikan formulasi minuman berfungsi yang sungguh unik lagi luar biasa yang memberikan tubuh anda nutrien yang kaya, penting dan sangat diperlukan bagi imbangan pemakanan yang sihat setiap hari.

Skim Bayaran Mudah Tanpa Faedah

Kini anda berpeluang membeli produk-produk ZHULIAN dengan ansuran Tanpa Faedah

Tuesday, March 12, 2013

Origrow



NT2100 - Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow
(800g)
RM91.20 (WM), RM94.20 (EM)

Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow adalah pilihan rendah lemak yang kaya tenaga dengan vitamin, mineral dan kalsium serta disahkan bebas racun perosak, racun herba, hormon atau antibiotik. Suplemen makanan yang lazat dan ideal untuk semua golongan dewasa.

Ia memberikan kebaikan nutrisi tanpa lemak berlebihan - pilihan hebat untuk kekal langsing dan untuk yang mementingkan pengekalan kesihatan optimum! Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow mempunyai kandungan rendah lemak sebanyak 0.8% sahaja. Susu rendah lemaknya membekalkan banyak khasiat penting dengan hanya sebahagian lemak - ia menarik minat pengguna yang kian mementingkan kesihatan dengan memberikan susu organik rendah lemak yang lazat, yang disahkan 100% organik oleh Assure Quality - institut pengesahan organik premier New Zealand.

Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow telah diproses menurut Peraturan-peraturan Teknikal Pengeluaran Organik NZFSA (New Zealand Food Safety Authority - Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan New Zealand) dan telah lulus pemeriksaan, audit dan analisis ujian tahunan sebelum pengesahan organik diperolehi. Piawaian ini diperakui oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sebagai setaraf dengan piawaian mereka.

Kebaikan khasiat utama Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow:

Formulasi segera
Kandungan rendah lemak
Tinggi kalsium
Tinggi protein
Mengandungi asid linolik penting
Kaya vitamin dan mineral
Sesuai untuk golongan dewasa



NT2101 - Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow
(800g)
RM85.30 (WM), RM88.30 (EM)
Susu tenusu adalah sumber protein dan kalsium yang menyihatkan dalam pemakanan manusia. Ia juga adalah sumber terbaik vitamin. Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow adalah bebas racun perosak, racun herba, hormon atau antibiotik dan ia berasal daripada salah sebuah ladang tenusu 100% organik di New Zealand. Ia dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 12 bulan dan ke atas. Tepung susu premium ini membekalkan sumber yang kaya vitamin, mineral, protein dan khasiat lain untuk perkembangan fizikal dan mental penting. Kaya kalsium yang penting untuk pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi sihat, ia padat dengan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti harian dan prestasi handalan.

Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow bebas pencemar dan penuh dengan kebaikan semula jadi yang telah diproses menurut Peraturan-peraturan Teknikal Pengeluaran Organik NZFSA (New Zealand Food Safety Authority - Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan New Zealand) dan telah lulus pemeriksaan, audit dan analisis ujian tahunan sebelum pengesahan organik diperolehi - menjadikannya susu pilihan ideal untuk anak anda yang kian membesar!

Kebaikan khasiat utama Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow:

Formulasi segera
Kandungan penuh krim (lemak adalah penting untuk pembesaran kanak-kanak / bayi)
Kaya protein, mengandungi asid linolik penting
Kaya kalsium, mineral dan vitamin
Perisa kaya berkrim
Makanan tambahan yang ideal untuk bayi dan kanak-kanak berusia 12 bulan dan ke atas

Royalmix


NT2006 - Royalmix BD Complex
(30 sachet x 28g)
RM73.60 (WM), RM 77.60 (EM)
ROYALMIX BD COMPLEX adalah minuman soya lazat berkhasiat yang dirumus untuk pertumbuhan kanak-kanak serta sesuai diminum pada bila-bila masa. Pengambilan ROYALMIX BD COMPLEX secara berterusan membolehkan kanak-kanak memperolehi nutrien seperti lecithin, kalsium dan bakteria baik serta khasiat-khasiat lain di samping membantu menggalakkan pertumbuhan tulang yang sihat serta merangsang penyerapan nutrisi.

Justeru, formulasi unggul ini dapat menolong mencapai keseimbangan nutrisi yang menyeluruh dengan formula unggulnya yang terdiri daripada serbuk kacang soya, fruktosa, lecithin soya, serbuk madu, inulin, kalsium sitrat, debunga lebah, asid askorbik, jeli raja, Bifidobakteria Longum dan Laktobasilus Asidophilus.







NT2007 - Royalmix KP Complex
(30 sachet x 30g)
RM85.20 (WM), RM 89.20 (EM)
Rumusan soya unik ROYALMIX KP COMPLEX yang dihasilkan khusus untuk orang dewasa ini mengandungi kalsium, lecithin, bakteria baik serta pelbagai nutrien penting. Ia bukan sahaja menolong memelihara kesihatan tulang, ia juga menyokong penyelenggaraan tubuh dan minda yang sihat dan cergas. ROYALMIX KP COMPLEX menawarkan formulasi minuman yang lazat, berkhasiat dan menyelerakan serta sesuai sebagai minuman harian yang boleh diminum pada sebarang masa, siang atau malam kerana kandungan nutrisinya mudah diserap oleh tubuh demi kesan yang menakjubkan.

ROYALMIX KP COMPLEX dengan kandungan tinggi nutriennya seperti kacang soya, fruktosa, lecithin soya, serbuk madu, inulin, kalsium sitrat, debunga lebah, asid askorbik, jeli raja, Bifidobakteria Longum dan Laktobasilus Asidophilus menawarkan formulasi istimewa dan berkhasiat yang amat bermanfaat untuk kecergasan harian.

COLOSKIM


NT 2019 - CAMPURAN SUSU SKIM DAN KOLOSTRUM COLOSKIM
(30 sachet x 15g)
RM 113.80 (WM), RM118.80 (EM) 

Sistem imun kita disamakan dengan “benteng dalaman” yang membantu tubuh menghalang “penyerang” seperti bakteria, mikrob, alergen, virus, dll untuk kesihatan dan kesejahteraan lebih baik. Sistem imun yang kurang aktif adalah lemah terhadap pelbagai penyakit, bahkan mungkin tidak mampu menghadapi serangan jangkitan yang sedikit. Sebaliknya, sistem imun yang terlampau aktif mungkin akan tersalah tafsir kehadiran zarah tidak merbahaya sebagai gangguan, lantas menyebabkan tindakbalas yang menjengkelkan, atau alahan yang membawa maut. Oleh yang demikian, bukan sahaja penting bagi kita memupuk sistem imun, bahkan sama pentingnya untuk kita mengekalkan keseimbangannya bagi menikmati kesejateraan menyeluruh. Sistem imun yang seimbang melindungi tubuh anda secara semula jadi dengan tindak balas yang betul bagi mengekalkan kesihatan terbaik.

CAMPURAN SUSU SKIM DAN KOLOSTRUM COLOSKIM ZHULIAN diformulasi khas tidak hanya bagi merangsang sistem imun yang kurang aktif tetapi juga bagi membantu mengawalatur sistem imun yang terlampau aktif. Ia adalah minuman kolostrum premium yang hanya menggunakan peptida kolostrum yang berasal daripada sumber bebas-antibiotik dengan menggunaan teknologi terkini bagi mengekalkan nilai khasiat kandungan kolostrum. Lebih dari sekadar minuman yang lazat, minuman COLOSKIM yang sangat berkhasiat, termasuk pelbagai faktor imun dan faktor pertumbuhan aktif, terutamanya Polipeptida Kaya-Prolin (PRP) yang bertindak sebagai modulator imun bagi mengawalatur sistem imun serta pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang sihat melalui Faktor ABCD! Selain kebaikan kesihatan yang dinyatakan, pengambilan COLOSKIM juga menawarkan serangkaian fungsi kesihatan penting termasuklah fungsi penyembuhan dan pemudaan serta memberikan asimilasi nutrien yang lebih baik. COLOSKIM adalah suplemen nutrisi ideal untuk semua peringkat umur, terutama sekali bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.


 




Homsweet


NT2003 - Fruktosa Kristal Asli Homsweet
(1 kg)
RM25.20 (WM), RM26.20 (EM) 
 Fruktosa Kristal adalah pemanis yang dihasilkan daripada jagung yang mempunyai indeks glisemik rendah maka ia tidak menyebabkan kenaikan tahap gula dalam darah seperti mana gula biasa (sukrosa). Fruktosa Kristal diserap secara perlahan ke dalam tubuh dan menyebabkan peningkatan rendah gula dalam darah. Jenis gula lain seperti gula halus, organik atau sirap tebu boleh menyebabkan peningkatan mendadak gula dalam darah dan menyebabkan "keracunan insulin" bagi pengidap kencing manis. 

Penggunaan fruktosa juga membantu meningkatkan pengambilan kalori, memandangkan ia adalah dua kali lebih manis dari gula biasa, tetapi mempunyai ketumpatan kalori yang sama. Fruktosa Kristal Asli Homsweet adalah pemanis diperkuat semula jadi yang ideal untuk pengambilan harian dan boleh digunakan untuk memasak. Ia menawarkan pemanis semula jadi premium untuk meningkatkan rasa minuman, makanan dan masakan anda demi gaya hidup yang lebih sihat. 




NT2004 - Fruktosa Kristal Dengan Frukto-Oligosakarida Homsweet   (1 kg)
RM34.20 (WM), RM35.20 (EM)  
 Fruktosa tidak meracun tahap gula dalam darah anda, sebaliknya ia diproses oleh hati dan disimpan sebagai glikogen. Apabila ini berlaku, hati akan mula menitiskan glukosa yang tersimpan ke dalam aliran darah bagi mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah. Fruktosa Kristal dengan Frukto-oligosakarida Homsweet ditambah dengan Frukto-oligosakarida (FOS) yang merupakan sebatian semula jadi tumbuhan dan mempunyai peranan penting di dalam kesihatan saluran pencernaan manusia. Apabila oligoskarida dimakan, bahagian yang tidak tercerna menjadi makanan kepada bakteria 'baik' seperti spesis bakteria Bifido dan Laktobasilus. Kajian klinikal menunjukkan FOS yang dikenali sebagai prebiotik boleh membantu meningkatkan bilangan bakteria baik ini di dalam kolon dan pada masa yang sama mengurangkan populasi bakteria merbahaya. Tubuh manusia bergantung kepada bakteria berfaedah bagi menghasilkan Vitamin B serta menghasilkan laktase dan bahan anti-bakteria lain.




NT2005 - Fruktosa Kristal Dengan Frukto-Oligosakarida Homsweet (100 sachet X 5 g)
RM28.20 (WM), RM29.20 (EM)  
 Fruktosa Kristal dengan Frukto-oligosakarida Homsweet dalam sachet ini menyediakan semua khasiat fruktosa semula jadi ditambah dengan Frukto-oligosakarida (FOS) untuk pengalaman kemanisan hebat. Disediakan di dalam sachet mudah, ia menawarkan kemudahan penggunaan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja serta memberikan kelebihan kesihatan yang penting berbanding gula biasa dan pemanis tiruan merbahaya yang lain. Fruktosa-oligosakarida (FOS) adalah karbohidrat yang wujud semula jadi yang menggalakkan lekatan nutrisi optimum daripada makanan yang diambil. Bakteria Bifido dan populasi bakteria baik yang lain di dalam usus, menyebabkan suplemen FOS membantu meningkatkan bioketersediaan kalsium, kolesterol direndahkan dan ketahanan glukosa yang dipertingkatkan. FOS juga membantu meningkatkan masa pengangkutan makanan di dalam usus yang membantu mengurangkan sembelit. 

BEYOND FOOD JUNCTION


BJ5601 - BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT
RM1302.00 (WM),  RM1332.00 (EM)
BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT adalah satu sistem canggih yang berkuasa merawat makanan mentah dan peralatan harian anda melalui penggunaan aliran terkawal molekul ozon. Ia mempunyai kegunaan versatil yang membersih, meneutralkan, menulenkan dan menyahtoksik menggunakan tindakan kuasa ozon agar anda sekeluarga dapat menikmati makanan dan kehidupan yang lebih baik.

Dengan menggunakan BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT yang memiliki pelbagai ciri-ciri unik, anda dapat memastikan racun perosak, racun serangga, pengawet, antibiotik, dll pada bahan mentah yang akan dimasak telah disingkirkan. Bahkan patogen yang hadir pada peralatan dapur, sudu, garfu juga dapat direncatkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Alangkah leganya kerana kini anda bukan sahaja dapat menghidangkan makanan yang lazat buat seisi keluarga bahkan anda lebih yakin kerana makanan tersebut adalah bersih dan menyihatkan! BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT didatangkan dengan jaminan produk 1 tahun.

Dr. Africana’s


ND4016 - Dr. Africana's Campuran Minuman Herba Misai Kucing (28 sachet x 22g)
RM62.80 (WM), RM64.80 (EM)

Misai kucing, jasmin dan teh hitam
Satu kombinasi istimewa 100% herba semula jadi yang terdiri daripada Misai Kucing, Jasmin dan teh Hitam yang menyajikan rasa yang lazat bercitarasa serta membekalkan kebaikan peningkat kesihatan yang penting. Misai Kucing mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang penting bagi kesihatan yang baik. Ia mempunyai kandungan kalium yang tinggi, yang berperanan penting dalam berbilang-bilang proses penting di dalam sistem tubuh.

Disebabkan unsur bermanfaat ini, Misai Kucing telah digunakan sejak turun-temurun untuk mencuci ginjal dan pundi hempedu, merendahkan tahap tekanan darah dan kolesterol, mengekalkan kesihatan kardiovaskular serta membantu dalam rawatan kencing manis, penyakit ginjal, pundi hempedu, arthritis, gout dan rheumatisme. Misai Kucing juga memberikan kebaikan antioksida yang sederhana.

 Dr. Africana's Campuran Minuman Herba Misai Kucing tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna atau kondisioner makanan yang merbahayakan kesihatan dan boleh dinikmati sepuas-puasnya. Nikmatilah ia setiap hari bagi melegakan stres dan memberikan kesan merehatkan yang efektif selepas bekerja sepanjang hari!

GREENLEX ORGANIC SPIRULINA


NB2301 / NB2303 - GREENLEX ORGANIC SPIRULINA

NB2301 (250 tablets) : RM78.20 (WM), RM79.20 (EM)
NB2302 (1200 TABLETS) : RM322.00 (WM), RM326.00 (EM)
 

GREENLEX ORGANIC SPIRULINA
Makanan Lengkap yang Kaya Nutrien
Setiap tablet mengandungi 200 mg Spirulina platensis Disahkan Organik.
Spirulina Disahkan Organik.
Makanan Lengkap Kaya Nutrien dan Seimbang.
Sistem Kawalan Kualiti yang Ketat.
Mudah dan Tersedia untuk Dicernakan.

GREENLEX ORGANIC SPIRULINA diperbuat daripada Spirulina platensis yang ditanam secara organik, yang bebas daripada sebarang racun rumpai, racun serangga, baja sintetik dan sebarang pencemaran atau bahan pencemar. Spirulina mengandungi kepekatan tinggi nutrien penting dan elemen surih penting seperti beta karotena, vitamin B12, klorofil, selenium, zink, kromium, besi dan mangan, tetapi rendah kandungan natrium. Spirulina juga kaya protein lengkap yang mengandungi semua asid amino penting dan asid gama-linolenik (GLA) iaitu asid lemak penting yang diperlukan bagi nutrien manusia.

GREENLEX ORGANIC SPIRULINA adalah daripada spesis tulen spirulina platensis yang ditumbuh dengan air mineral bebas pencemaran melalui fotosintesis semula jadi bagi mencakupi nutrien organik dengan menggunakan peralatan moden dan bioteknologi mikroalga termaju. Kawalan ketat dilaksanakan pada setiap proses bagi memastikan produk ini memenuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Dihasilkan dalam bentuk tablet kunyah yang lebih kecil dan lebih kompak, ia ideal untuk yang muda dan tua. Spirulina yang digunakan mengandungi 70% protein mudah cerna.