LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO
Mendapat tidur yang berkualiti baik setiap malam adalah sama pentingnya dengan mengambil pemakanan dan bersenam untuk kesihatan dan tenaga.Andainya anda belum tahu, ia sebenarnya adalah satu per tiga dari kehidupan kita dihabiskan dengan tidur atau berbaring.
Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa kualiti tidur kita di malam hari menentukan samada tubuh dan minda kita berupaya untuk berfungsi secara optimum dan cekap di siang hari. Kekurangan tidur menyumbang kepada kemerosotan kesihatan.Apabila kita tidak memperolehi tidur yang mendalam, besar kemungkinan kita akan rasa mengantuk dan sukar untuk fokus sepanjang hari. Kita juga mungkin mengalami banyak masalah kesihatan lain seperti SAKIT KEPALA (MIGRANE), PENURUNAN PRESTASI MEMORI dan FIZIKAL, SAKIT BELAKANG dan KESAKITAN OTOT.
Penyelidikan dijalankan oleh Profesor Chris Idzikowski iaitu pengarah "Penilaan Tidur dan Khidmat Nasihat" di Edinburgh mendapati mereka yang menggunakan katil tidak selesa secara puratanya akan tidur kurang satu jam setiap malam disebabkan asyik mengalih-alih posisi tubuh. Selepas tempoh beberapa minggu, gangguan atau kekurangan tidur mempunyai kesan yang mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan jangka panjang kita.
Tidur yang nyenyak dan merehatkan sangat penting untuk sistem saraf kita berfungsi dengan baik. Doktor dan Ahli Sains mengatakan, dengan tidur yang mencukupi, nueron yang telah digunakan berpeluang membaikpulih sendiri, oleh itu jika kita tidak tidur dengan baik maka nueron ini akan kekurangan tenaga sehingga ia boleh menimbulkan kepincangan tugas.
Tidur yang nyenyak juga mengembalikan tenaga fizikal anda kerana semasa tidur yang mendalam ini, darah mengalir ke otot-otot anda lebih dari ke otak, lantas mengembalikan tenaga fizikal anda.
KENAPA LAPIK TILAM TERAPIUTIK BOI-ION CONTIAGO PALING IDEAL UNTUK PENINGKATAN KUALITI TIDUR DAN KESELESAAN ANDA.
LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO terdiri daripada 11 lapisan bahan berkualiti tinggi:
CONTIAGO :
1.Fabrik Poliester / Polipropilena Damask Jacquard
2. Lapisan Bulu Bebiri Sintetik
3. Fabrik Tidak Bertenun
4. Busa Poliuretana
5. Elemen Pemanas Karbon Fleksibel
6. Busa Poliuretana
7. Busa Poliuretana bertatah Polyurethane
- Magnet Kekal Neodimium Berpretasi Ultra Tinggi
- Magnet Kekal Ferit Berprestasi Tinggi
- Batu Mineral Jed Semula Jadi
9. Kepingan Busa Politilena
10. Bulu Bebiri Sintetik
11. Fabrik Poliester / Polipropilena Damask Jacquard
IMBANGAN KELEMBUTAN DAN KETEGUHAN
Lebih teguh tidak bermakna lebih baik. Katil atau lapik tilam yang terlalu teguh tidak akan menyokong dengan seimbang dan hanya menyokong bahagian tubuh yang paling berat. Manakala, katil atau lapik tilam yang terlalu lebut pula akan melendut dan mencegah pengekalan penjajaran terbaik tulang belakang. Tubuh manusia mempunyai lebih kurang 700 otot, dimana kebanyakkannya perlu berehat semasa tidur. Otot tertentu seperti otot betis bertindak sebagai pengepam darah dan membantu pengaliran semasa tidur dan kebanyakkan otot yang berkaitan dengan tulang belakang perlu berehat semasa tidur. Pembentukkan busa dalaman yang berketahanan tinggi pada LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO memberikan lebih keselesaan dan sokongan keseluruhan. Ia menawarkan sentuhan dan imbangan yang betul bagi memberikan sokongan yang teguh tetapi lembut bagi memastikan tubuh anda mendapat penjajaran terbaik di kepala, leher dan tulang belakang.
KESELESAAN TIADA TANDINGAN
Tidur di atas LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO memberikan tahap keselesaan yang lebih tinggi yang anda tidak jangkakan. Pengunaan yang kerap mendapati kurang keresahan semasa tidur oleh kerana keselesaan melegakan yang ditawarkan fabric Poliester / Polipropilena Damask Jacquard yang mewah memberikan keteguhan yang melegakan dan lembut untuk menyelesaikan kontur tubuh anda dengan sempurna. Lapisan dalamannya dibentuk dengan pelbagai kebaikan fungsi yang menyumbangkan kepada keselesaan dan tidur yang menyenangkan.
KETAHANAN TERJAMIN
Ketahanan menentukan selama mana bahan lapik tilam akan berkekalan. Satu criteria penting bagi ketahanan bergantung kepada kualiti bahan yang digunakan untuk membentuk teras serta sarungnya. LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO memberikan lapik tilam yang terjamin tinggi ketahanannya, walaupun digunakan selalu. Untuk ketahanan yang berpanjangan, harga berpatutan dan nilai terbaik – LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO mendahului jenama yang lain.
FUNGSI INFRAMERAH JAUH
LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO terdiri daripada lapisan fabric yang dirawat khas yang mengandungi Bioseramik berkuasa dan selapis khas yang mengandungi Batu Mineral Jed Semula Jadi yang memancarkan gelombang Inframerah Jauh yang menembus ke dalam, dengan julat panjang gelombangnya di antara 8 hingga 14 mikron. Sinar Inframerah Jauh ini dipercayai dapat mewujudkan reaksi jauh kedalam kulit.
FUNGSI BIO-MAGNETIK
LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO mengandungi lapisan khas yang ditatahi serangkai Bio-magnet kekal yang berkuasa seperti Magnet Kekal Neodimium Berprestasi Ultra Tinggi (2,600 Gauss) dan Magnet Kekal Ferit Berprestasi Tinggi (1,000 Gauss) yang mampu menghasilkan medan Bio-magnetik penting. Eksperimen yang dikendalikan oleh beberapa university terkenal Eropah dan penyelidik di serata dunia menunjukkan bahawa Terapi Magnetik mampu menolong meningkatkan tidur merehatkan yang berkualiti tinggi di sanping memberikan kelegaan tekanan.
FUNGSI TERMA
LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO mengandungi lapisan khas elemen Pemanas Karbon Fleksibel yang menghasilkan secara semula jadi kesan pemanas terma yang selamat dan penting. Kombinasi lapisan pemanas ini dan kepingan Aluminium Berlogam memastikan permukaan radiasi yang dikawal secara elektronik yang selamat mampu mencapai dari suhu minimum 400C sehingga ke suhu maksimum 700C. Dengan membekalkan keselesaan pemanasan yang melegakan, fungsi terma ini dipercayai boleh mengurangkan kesakitan minor tubuh yang sering terjadi apabila cuaca sejuk. Penguna boleh juga menetapkan tempoh rawatan terma tersebut dengan memilih penetapan masa yang diingini. Tahap suhu dikawal secara automatic oleh Unit Kawalan Termostat Termaju Pelbagai Fungsi yang direka khas.
FUNGSI BATU MINERAL JED SEMULA JADI
Batu Jed telah dihargai sejak sekian lama kerana kecantikkannya, ketahanannya dan sifat “peningkatan kesihatannya”. Apabila Batu Mineral Jed Semula Jadi di dalam LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO dipanaskan, ia akan meradiasi sinar Inframerah Jauh yang dipercayai dapat membantu mengoptimumkan kesejahteraan tubuh.
FUNGSI ION NEGATIF
Ion Negatif – juga dikenali sebagai “Ion Gembira” atau “Ion Baik” adalah salah satu elemen utama yang menyegarkan dan member kepekaan kepada kita. Ion ditemui di mana-mana sahaja didalam udara dan ia menolong memberikan tenaga kepada tubuh manusia. Tempat-tempat semula jadi seperti air terjun, puncak gunung dan tepian pantai mempunyai kehadiran jumlah Ion Negatif yang tinggi dengan kesan menyegarkan kepada manusia. Rasa bertenaga dan segar selepas hujan lebat adalah disebabkan kehadiran Ion Negatif di dalam udara. Batu Mineral Jed Semula Jadi yang digunakan di dalam LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO dan fabric khas yang dirawat dengan Bioseramik pemancar Ion Negatif akan meliputi tubuh anda sewaktu anda mendapat tidur berkualiti tinggi.
BEBAS HAMA
Lapisan atas iaitu Fabrik Poliester / Polipropilena Damask Jacquard dirawat khas dengan ciri anti hama (Anti-Dust Mite Properties – ADP) yang menjadi halangan yang tidak dapat ditembusi allergen hama – memberikan perlindungan anti-hama untuk tidur berkualiti tinggi yang bersih dan bebas masalah.
0 comments:
Post a Comment