NT2010 - Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera
(30 sachet x 8 g)
RM89.80 (WM), RM93.80 (EM)
Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera adalah minuman kesihatan yang popular. Ia adalah tambahan minuman yang lazat, berkhasiat dan menyihatkan untuk merangsang pemakanan harian anda. Jus Daun Gandum telah lama dikenalpasti mempunyai kuasa pemberi tenaga dan penyembuhan selain ia adalah pemakanan bernutrisi tinggi yang memberikan simpanan vitamin, mineral, klorofil dan enzim penting. Ia mengandungi kandungan protein yang tinggi serta asid amino penting dan tidak penting. Dikenali sebagai penyahtoksin yang hebat, Jus Daun Gandum juga mengandungi flavanoid, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan mineral penting seperti besi, kalsium dan magnesium.
Daun Gandum mempunyai kesan antibiotik, antioksida dan anti-keradangan. Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera tidak seperti produk Daun Gandum biasa kerana ia menawarkan nisbah kepekatan 33:1 sedangkan produk lain merupakan serbuk Daun Gandum kering dan bukannya serbuk Jus Daun Gandum yang mempunyai kualiti berkhasiat Daun Gandum sebenar.
Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera mengekalkan kebanyakan daripada nilai nutrisi tingginya bagi memastikan produk berkepekatan konsisten yang memberikan perlindungan antioksida penting kepada tubuh yang membantu sel dan tisu tubuh. Nikmati minuman yang memuaskan dan penghilang dahaga ini untuk kelebihan khasiatnya!
0 comments:
Post a Comment