NT2018 - Minuman Campuran Ekstrak Buah-buahan Dan Sayur-sayuran ISO.7 ( 30 sachet x 15 g)
RM276.80 (WM), RM283.80 (EM)
Pakar antioksidan untuk "Lindung-Pulih" kesihatan anda!
Radikal bebas menyerang kita dari pelbagai sumber, setiap hari. Ketika kita masih muda, tubuh memiliki mekanisme pembaikan dan pembaharuan menyeluruh yang bertindak bagi memastikan fungsian sel dan organ pada tahap optimum, maka kesan radikal bebas adalah agak sedikit secara relatif. Apabila kita semakin tua, kesan kerosakan radikal bebas akan semakin terkumpul. ISO.7 adalah campuran sinergi ekstrak pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang dipilih khas kerana keberkesanannya menentang kesan radikal bebas. Ia adalah produk khusus yang bertujuan melindungi dan memulihkan sistem tubuh. Satu sachet ISO.7 membekalkan kira-kira 3,500 mole TE/g antioksidan, atau nilai ORAC. Campuran ekstrak ini membekalkan fitokimia berkuasa seperti antosianin, proantosianidin, monomer katekin, dan polifenol
apakah ORAC?
Ukuran kuasa antioksidan untuk meneutralkan kerosakan radikal bebas pada tahap sel dikenali sebagai nilai Kapasiti Penyerapan Radikal Oksigen (Oxygen Radical Absorbance Capacity) atau nilai ORAC. Lebih tinggi nilai ORAC sesuatu produk, maka lebih tinggilah kuasa antioksidannya. Kajian oleh Pusat Nutrisi Manusia di Universiti Turfs, Amerika Syarikat, mendapati nilai ORAC sekurang- kurangnya 5000 sehari diperlukan bagi mencegah penyakit berkaitan umur tertentu. Malangnya, pengambilan harian seperti yang disyorkan oleh pengamal kesihatan iaitu sebanyak 5-8 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran hanya dapat membekalkan antioksidan dengan nilai ORAC sebanyak 2000-3000 unit sahaja. Oleh sebab itulah, adalah logik untuk menyarankan pengguna mengambil makanan yang tinggi nilai ORAC demi menguatkan sistem pertahanan tubuh terhadap serangan radikal bebas.
Mekanisme Lindung-Pulih ISO.7
- Mengurangkan stres-pengoksidaan dengan meneutralkan radikal bebas sebelum ianya dapat menyerang sel.
- Membaiki kerosakan radikal bebas di dalam sel dan tisu, lalu memulihkan kembali fungsi organ dan memulihkan sistem tubuh.
- Merehatkan saluran darah dan mengembalikan aliran darah ke organ penting seperti mata, telinga, otak, kemaluan, jantung, ginjal, paru-paru dan kulit. Proses ini memulihkan kesihatan secara umum.
- Mengurangkan serum kolesterol dan lipid, membantu mengekalkan tekanan darah normal dan kesihatan optimum.
- Bagi faedah jangka panjang - mengurangkan risiko penyakit kronik melalui khasiat antiaterosklerosis, antiangiogenik, antibakteria dan antikarsinogenik serta mengoptimumkan fungsi sistem imun.
- Membantu mencegah kesan penuaan awal.
- Membantu menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
- Membantu merangsang fungsi otak dan ketajaman minda yang sihat.
- Membantu menggalakkan kesihatan penglihatan.
- Membantu mengekalkan tahap gula yang sihat di dalam darah.
- Membantu menggalakkan kesihatan saluran kencing.
- Membantu memelihara kulit yang sihat.
- Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
- Membantu mengekalkan fungsi sel yang sihat.
- Dapat menyumbang kepada kesihatan mulut.
0 comments:
Post a Comment