Tuesday, March 12, 2013

Origrow



NT2100 - Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow
(800g)
RM91.20 (WM), RM94.20 (EM)

Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow adalah pilihan rendah lemak yang kaya tenaga dengan vitamin, mineral dan kalsium serta disahkan bebas racun perosak, racun herba, hormon atau antibiotik. Suplemen makanan yang lazat dan ideal untuk semua golongan dewasa.

Ia memberikan kebaikan nutrisi tanpa lemak berlebihan - pilihan hebat untuk kekal langsing dan untuk yang mementingkan pengekalan kesihatan optimum! Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow mempunyai kandungan rendah lemak sebanyak 0.8% sahaja. Susu rendah lemaknya membekalkan banyak khasiat penting dengan hanya sebahagian lemak - ia menarik minat pengguna yang kian mementingkan kesihatan dengan memberikan susu organik rendah lemak yang lazat, yang disahkan 100% organik oleh Assure Quality - institut pengesahan organik premier New Zealand.

Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow telah diproses menurut Peraturan-peraturan Teknikal Pengeluaran Organik NZFSA (New Zealand Food Safety Authority - Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan New Zealand) dan telah lulus pemeriksaan, audit dan analisis ujian tahunan sebelum pengesahan organik diperolehi. Piawaian ini diperakui oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sebagai setaraf dengan piawaian mereka.

Kebaikan khasiat utama Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow:

Formulasi segera
Kandungan rendah lemak
Tinggi kalsium
Tinggi protein
Mengandungi asid linolik penting
Kaya vitamin dan mineral
Sesuai untuk golongan dewasa



NT2101 - Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow
(800g)
RM85.30 (WM), RM88.30 (EM)
Susu tenusu adalah sumber protein dan kalsium yang menyihatkan dalam pemakanan manusia. Ia juga adalah sumber terbaik vitamin. Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow adalah bebas racun perosak, racun herba, hormon atau antibiotik dan ia berasal daripada salah sebuah ladang tenusu 100% organik di New Zealand. Ia dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 12 bulan dan ke atas. Tepung susu premium ini membekalkan sumber yang kaya vitamin, mineral, protein dan khasiat lain untuk perkembangan fizikal dan mental penting. Kaya kalsium yang penting untuk pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi sihat, ia padat dengan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti harian dan prestasi handalan.

Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow bebas pencemar dan penuh dengan kebaikan semula jadi yang telah diproses menurut Peraturan-peraturan Teknikal Pengeluaran Organik NZFSA (New Zealand Food Safety Authority - Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan New Zealand) dan telah lulus pemeriksaan, audit dan analisis ujian tahunan sebelum pengesahan organik diperolehi - menjadikannya susu pilihan ideal untuk anak anda yang kian membesar!

Kebaikan khasiat utama Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow:

Formulasi segera
Kandungan penuh krim (lemak adalah penting untuk pembesaran kanak-kanak / bayi)
Kaya protein, mengandungi asid linolik penting
Kaya kalsium, mineral dan vitamin
Perisa kaya berkrim
Makanan tambahan yang ideal untuk bayi dan kanak-kanak berusia 12 bulan dan ke atas

0 comments:

Post a Comment